Sunday, 17 February 2013

tips menghafal al-quran




Kaedah Menghafal Al-Quran

1 – Fokus ayat demi ayat

I. Mulai membaca ayat pertama sehingga lancar,kemudian barulah mula menghafal berulang-ulang kali sehingga ingat (Bilangan ulangan terpulang kepada individu,ada yang ulang 5 kali,boleh ingat,ada 20 kali...)

II. Sudah ingat ayat pertama?teruskan ayat ke-2 dengan cara yang sama.Banyakkan bersabar lah kalau belum ingat.

III. Ulang semula ayat pertama dan ayat ke-2 sehingga ingat.

IV. Dengan cara yang sama,pada ayat ke-3 sahaja.

V. Kemudian ulang semula ayat pertama,ke-2 dan ke-3.

VI. Dan seterusnya.........

2 – Bahagikan 1 mukasurat kepada beberapa bahagian

Teknik ini sesuai untuk ayat-ayat yang pendek seperti surah Al-Waqiah.Terpulang kepada individu.

I. Bahagikan 1 mukasurat kepada 2@3 bahagian.Contoh pembahagian yang dibuat,ayat 1 hingga 10,ayat 11 hingga 20,ayat 21 hingga 30.

II. Mula membaca bahagian pertama sehingga lancar,kemudian barulah menghafal bahagian pertama tersebut sehingga lancar.

III. Cara yang sama pada bahagian ke-2.

IV. Sudah ingat bahagian ke-2 ? ulang bahagian pertama dan ke-2 sehinga ingat.Banyakkan bersabar..

V. Berpindah ke bahagian ke-3.

VI. Ulang bahagian pertama,ke-2 dan ke-3 sehingga ingat

3 – Kaedah Penulisan

I. Sediakan sebuah buku,saiz quran anda.Kalau saya,bukunya saiz buku tulis biasa.

II. Tuliskan ayat-ayat quran seperti dalam Al-Quran.maksudnya,sekiranya ayat fiddun nya terletak di hujung mukasurat Al-Quran,maka dalam buku pun sama.

III. Kemudian,barulah mula menghafal,guna cara pertama atau ke-2 atau cara-cara dibawah.Banyakkan bersabar.. :)

MUDAH-MUDAHAN ALLAH MEMBERI SEMANGAT UNTUK MENGHAFAL

No comments:

Post a Comment